Tuesday 22 May 2012

~CiNta iTu InDaH~

Assalamualaikum ku tujukan kepada rakan2 ku yang membaca post ini. Dalam konteks cinta pada masa kini, aku lihat ianya sangatlah complicated. Kita semua tahu kerana cinta, kita sayang dia giler2, kerana cinta, kita tak mahu kehilangan dia sesaat pun, kerana cinta, kita menitiskan air mata darah untuknya dan kerana cinta, kita mengadaikan segalanya. Cinta terbahagi kepada 2 iaitu cinta pada Ilahi & cinta pada manusia. Cinta  juga telah dianugerahkan oleh Yang Maha Esa terhadap setiap makhluk-Nya. Tapi, yang aku lihat cinta yang indah itu semakin rosak & silap diterjemahkan oleh manusia terutamanya. Banyak sekali aku lihat demi cinta seseorang itu melencong ke lembah zina, menjadi anak derhaka, mengambil nyawa sendiri. So, ape yang aku dapat simpulkan kat sini ialah mereka menjadi sedemikian rupa sebab tiada iman yang kukuh & tidak mendalami kisah2 cinta islam seperti kisah cinta Nabi Yusof & Zulaika (yang mereka tao kisah cinta Romeo & Juliet).


Wahai kaum hawa, sesungguhnya darjatmu dipandang mulia oleh Allah dan manusia sekiranya kamu menjaga maruahmu, kelakuanmu dan budi bicaramu. Kadang2 kerana ingin dicintai dan diminati, mereka mendedahkan aurat dan pakai make-up sampai muke sampai jadi orang lain dah kerana ingin menarik cinta & perhatian kaum adam. Memang betul yang perempuan perlu berusaha untuk memdapatkan cinta tapi bukan itu caranya tapi berdoa agar dikurniakan jodoh yang baik. Ingat !!!

'Lelaki ni walau sejahat mana sekalipun, tapi bila nak cari isteri dan seterusnya jadi ibu untuk anak-anaknya, dia tetap nak pilih perempuan yang baik-baik. Tak ada dia nak pilih perempuan tak senonoh buat isteri. Tapi untuk berseronok dan berfoya-foya, dia biasanya akan pilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahmat lelaki. Justeru itu jadilah anak gadis yang baik,sopan dan beragama kerana wanita yang beriman adalah untuk lelaki yang beriman juga. Ingat, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik...begitulah sebaliknya.''  
~Di petik daripada novel Anis Ayuni,seribu kali sayang~




Wahai kaum adam, daripada kamu cinta akan seseorang itu sebagai awek sahaja, lebih baik kamu mencari cinta yang membawa kepada isterimu. Jangan mempermainkan hati perempuan kerana hati mereka sangat rapuh yer. Cintai la seseorang gadis itu kerana cintanya & imannya yang teguh kepada Allah sebelum cintanya kepada kamu.  



Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."



 Coretan ikhlas dari :

 
p/s :  Kisah Cinta itu indah dan lebih indah sekiranya disulami cinta & barakah dari Ilahi...^_^

No comments:

Post a Comment