Monday 8 October 2012


Assalamualaikum & hai!!!!

I just make my october comeback, so give me a round of applause. sooooo bajet kan??. Okay geng2, i just wanna tell you olls that i'm gonna write this new post in English mix with malay sikit. Although it seem so simple or cover with radiculous grammar, just bear with it coz i'm not perfect.hihi..

Alhamdulillah, i have been doing my degree in Bachelor of Corporate Administration for the third weeks here in Uitm Shah Alam. Thank Allah for giving me courage to survive here far away from my family in Terengganu. Even everything look tough externally but syukur i'm living happily with my friends and able to cope with the university style not oppa gangnam style k.

When i step this place for the first time, i already make a promise to myself to correct all the grave mistake i have done in Spm and foundation of law. I try to put all my efforts in study and aim for Anugerah Naib Canselor. I know all this things not easy to achieve but i will face each of them patiently. Please du'a for me and my friend's success here and Allah please bless us so that we could bring benefits to people in future.

“Sometimes it seems as if everything is going wrong and we are in an awful situation. However, there is no such thing in the life of a Mu’min, what you see as a terrible situation is actually a blessing in disguise. So instead of complaining about it, be grateful to your Rabb that He has chosen to elevate you through tests and trials, for the most beloved man on the face of this earth was His Nabi and he faced the most pain and trials, should we then not be grateful if we are faced with adversity?”
~ Islam 2011~

This is a very short and simple post to convey my feeling all ths time. See y
ou olls next time. Tata <3


Wednesday 5 September 2012

~SeMuA nAk CitER~


Assalamualaikum n hye!

Alang- alang broadband tengah laju ni, better aku activate blog aku yang dah berbulan-bulan aku tak jenguk. Okay, banyak citer aku nk tulis sebenarnye dalam post ni tapi kalu aku tulis semua nanti, tercabut la jari-jemari aku yang kiut-miut ni. Hahaha. First story aku nak citer ialah akak aku dah kawin akhirnya pada raya ke-5 setelah 6 tahun lebih kot menyulam cinta. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu. Tak dilupakan juga pengantin-pengantin raya & bakal pengantin yang lain. ^_^

sengih pengapit mengalahkan pengantin
Pada hari majlis kenduri akak aku, tak sangka betul kawan aku yang hampir 7 tahun tak jumpa muncul dengan kawannya (kawan baru aku). Hihi. Esokkan harinye pon ade lagi kawan lama aku yang sudi datang. Happy tak terhingga aku. (macam la kenduri aku). =P

old friend, me, new friend

geng2 sekolah rendah & menengah

Second citer ialah tentang reunion aku dengan geng2 lama mrsm besut & asasi UiTM kampus kuantan dulu sempena penyampaian bantuan persediaan ke IPTA. Terima kasih Yayasan Terengganu bagi kami duit, insyaAllah akan kami guna sebaik-baiknya. Hehe. Wah wah wah, sorang-sorang kawan aku makin cun-melecun. Jeles aku kejap. Hihi



By the way, kepada peminat-peminat drama korea tak kisah la fanatik ke tidak, aku ada beberapa list drama baru. So, kalau free2, korang enjoy la tengok, nak hilangkan stress ke ape ok.

1. to the beautiful you ( hana kimi versi korea ) *currently airing



2. the great doctor ( Lee Min Ho fan mesti suka )


3. big


4. arang & the magistrate. *currently airing






Monday 11 June 2012

~kDrama~

Assalamualaikum & hye everybody..puhhhhhh3..dh lame x tulis post, dh macam artifak blog ni..hehe..ok,this time aku come up dengan new post bertajuk my favourite kDrama all time..aku mula berjinak-jinak dengan drama2 dari selatan Korea sejak aku menonton my girl..first thought aku, "not bad jugak cite korea ni, hero heroin semua cun-melecun". Mak and akak aku pon same kepala join tengok cite my girl tu sampai lebam mata tak cukup tidur. Tu la penangan korea terhadap kami bertiga. Tapi, aku bukan nak cerita pasal berapa juta dah drama korea yang aku tengok tapi aku nak share some pandangan aku terhadap cerita yang aku baru habis tengok " ROOFTOP PRINCE". Wohooo!!! Mula2 tengok episode 1, aku punya expression " ape kejadah cerita ni kejap 21st century kejap zaman Joseon". Aku pon stop tengok tp kawan aku Dayah juga fan kepada cerita ni sarankan aku tengok. Dengan paksa rela aku tengok la terus loncat masuk episode2..haha. Lama-kelamaan, badan aku macam digam dekat lappy ni. Asyik nak tengok je rase.

Drama rooftop prince ni genre komedi, fantasy dan romantis. Aku cerita la sikit sinopsisnya tapi korang pon kena tengok tao baru ade feel gitu. Crown Prince dari zaman Joseon telah merentas mase selama 300 tahun ke 21st century untuk menyiasat pembunuhan Crown Princess. Di zaman 21st century, dia dan 3 lagi kawannya telah muncul di sebuah rumah @ rooftop milik gadis bernama Park ha. Park ha ni mula2 refuse nak tolong diorang mula2 sebab ingat diorang ni berlakon je tapi lama-kelamaan dia percaya dan bantu diorang berempat adapt dengan lifestyle zaman tu. Park ha mempunyai seorang kakak yang bernama Hong Se Na yang membawa watak pendengki dan menginginkan kehidupan yang mewah. Cerita ini juga berkisar tentang kelahiran kedua yang menjadi kepercayaan masyarakat Korea. Dalam drama ini, Crown Prince telah menjadi Tae Yong pada kelahiran kedua, Bu Yong menjadi Park ha, Crown princess menjadi Hong Se Na dan General Ma menjadi Tae mu (sepupu Tae yong). Di new York, Tae Mu telah menumbuk Tae Yong hingga terjatuh di dasar laut dan dipercayai hilang tapi kemunculan Crown Prince telah menimbulkan konflik antara dia dan Tae Mu yang ingin menutup perbuatannya di New York dulu. Apa konfliknye?? korang kene tengok sendiri, x syok la kalu cerita kat sini semua..hehe..Tae yong telah dijumpai tetapi dalam keadaan koma. kenapa??..sebab rohnya telah digunakan Crown Prince ketika dia berada di 21st century. Akhirnya, Crown Prince dapat menyelesaikan kes tu dan yang mati di kolam istana itu bukan crown princess sebenarnya tapi Bu Yong @ Crown Princess's sister. Bu Yong telah mendapat tahu Crown Princess cuba meracuni Crown Prince dengan meletakkan serbuk racun pada dried pessimons. Sebagai ganjaran kerana dapat menyelesaikan teka-teki " what's lives when it is dead and is dead when it is alive?", Bu Yong meminta dried pessimons yang diletak racun dan memakannya sehingga habis sambil disaksikan Crown Princess demi menyelamatkan crown prince. Sebelum mati di kolam itu, Bu Yong sempat menulis surat yang mengandungi isi hatinya terhadap crown prince & diletakkan di belakang lukisan. Part ini sumpah sedih kot sampai & menunjukkan cinta memerlukan pengorbanan. For ending, aku tak nak cerita..haha..kasi korang suspen sikit..Sedih2 jugak,lawak pon lawak habis sampai tergolek-golek aku atas katil tak tahan tengok aksi crown prince dan kawan-kawannya yang terkena culture shock. One word that i can say to this drama is DAEBAK!!.Congrates pada director, penulis, pelakon dan kru2 yang terlibat dalam menghasilkan drama yang sehebat ini..^_^


Tangkap gambar sebelum diorang potong rambut

Diajar untuk adapt dengan sekeliling
Do chi san yang kelaparan


Crown Prince yang gilakan minuman manis

Terkejut melihat gambar maharaja dekat duit..haha..

Hong Se Na & Tae Mu- watak jahat 

                                         
                                                        ~ Trailer ROOFTOP PRINCE ~
                                                      
                    
"Even if 300 years past, i will remember you."



P/S : Semua stok kain sutera sudah habis dijual. Harap maklum. Tq..

                                                                                       
                                                                                                    

Tuesday 22 May 2012

~CiNta iTu InDaH~

Assalamualaikum ku tujukan kepada rakan2 ku yang membaca post ini. Dalam konteks cinta pada masa kini, aku lihat ianya sangatlah complicated. Kita semua tahu kerana cinta, kita sayang dia giler2, kerana cinta, kita tak mahu kehilangan dia sesaat pun, kerana cinta, kita menitiskan air mata darah untuknya dan kerana cinta, kita mengadaikan segalanya. Cinta terbahagi kepada 2 iaitu cinta pada Ilahi & cinta pada manusia. Cinta  juga telah dianugerahkan oleh Yang Maha Esa terhadap setiap makhluk-Nya. Tapi, yang aku lihat cinta yang indah itu semakin rosak & silap diterjemahkan oleh manusia terutamanya. Banyak sekali aku lihat demi cinta seseorang itu melencong ke lembah zina, menjadi anak derhaka, mengambil nyawa sendiri. So, ape yang aku dapat simpulkan kat sini ialah mereka menjadi sedemikian rupa sebab tiada iman yang kukuh & tidak mendalami kisah2 cinta islam seperti kisah cinta Nabi Yusof & Zulaika (yang mereka tao kisah cinta Romeo & Juliet).


Wahai kaum hawa, sesungguhnya darjatmu dipandang mulia oleh Allah dan manusia sekiranya kamu menjaga maruahmu, kelakuanmu dan budi bicaramu. Kadang2 kerana ingin dicintai dan diminati, mereka mendedahkan aurat dan pakai make-up sampai muke sampai jadi orang lain dah kerana ingin menarik cinta & perhatian kaum adam. Memang betul yang perempuan perlu berusaha untuk memdapatkan cinta tapi bukan itu caranya tapi berdoa agar dikurniakan jodoh yang baik. Ingat !!!

'Lelaki ni walau sejahat mana sekalipun, tapi bila nak cari isteri dan seterusnya jadi ibu untuk anak-anaknya, dia tetap nak pilih perempuan yang baik-baik. Tak ada dia nak pilih perempuan tak senonoh buat isteri. Tapi untuk berseronok dan berfoya-foya, dia biasanya akan pilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahmat lelaki. Justeru itu jadilah anak gadis yang baik,sopan dan beragama kerana wanita yang beriman adalah untuk lelaki yang beriman juga. Ingat, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik...begitulah sebaliknya.''  
~Di petik daripada novel Anis Ayuni,seribu kali sayang~




Wahai kaum adam, daripada kamu cinta akan seseorang itu sebagai awek sahaja, lebih baik kamu mencari cinta yang membawa kepada isterimu. Jangan mempermainkan hati perempuan kerana hati mereka sangat rapuh yer. Cintai la seseorang gadis itu kerana cintanya & imannya yang teguh kepada Allah sebelum cintanya kepada kamu.  



Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."



 Coretan ikhlas dari :

 
p/s :  Kisah Cinta itu indah dan lebih indah sekiranya disulami cinta & barakah dari Ilahi...^_^

Saturday 19 May 2012

~UmRaH~


Assalamualaikum & hye teman-temanku yg cun dan hensom semua..korang ape khabaq??harap pink of health aje..post kali ni, aku nak storey-morey pasal umrah aku yang pertama dalam hidup aku (mcm byk kali pegi umrah la plak)..sebenarnye, aku dah lame nak konsi pengalaman aku mengerjakan umrah ni tp baru je wat blog..even dah hampir 3 tahun aku pegi umrah, tp rase cam minggu lepas je baru pegi..okay, aku berada di sana selama 2 minggu & segala keberadaan aku di sana semua diuruskan oleh Rayhar Travel..(tq ustaz & ustazah serta mutawwif )..flight aku dari KLIA terus ke Madinah ambik mase selama 8 jam dan sangat letih..tp bile dah sampai di Madinah letih sume hilang..(teruja sgt di tempat orang)..aku tinggal di Madinah selama 4 hari dan Maha suci Allah aku dpt berjumpa dengan kwn aku yang dah 4 tahun berpisah..Masjid Nabawi ialah tempat 1st yg aku pegi dan aku juga sempat ke Raudah (salah 1 tempat dimakbulkan doa & makam Rasulullah S.A.W)..

Kemudian, aku enam orang sekeluarga berangkat ke Mekah yang mengambil masa 8 jam juga dari Madinah..byk sgt moment2 aku di Mekah..aku jgak byk belajar mcm solat jenazah ( pahala ibarat mati syahid dalam perang uhud di sana ) & lain2..Di Masjidil Haram, aku menitiskan air mata yg kedua selepas di Raudhah tatkala melihat Kaabah tertegak di depan mata yang dikelilingi ribuan umat manusia. Mase itu, aku memang rase tenang sgt2 dan gembira kerana diberi peluang menjadi tetamu-Nya..Byk tempat yang aku lawati spt telaga di mana Perjanjian Hudaibiyah berlangsung, ladang unta, pasar kurma, muzium, Laut Merah, Bukit Uhud, kedai2 & byk lagi.

Sedikit nasihat utk bakal tetamu Allah di sana : 

1) pastikan membawa pelembap bibir spt vaseline kerana cuaca sgt panas dan kering
2) Sentiasa membawa kain lembap untuk menutup muka dari udara kering
3) Dinasihatkan utk meminta pandangan mutawwif utk membeli barang
4) Sentiasa menjaga bicara dan kelakuan*
5) Pandai2 la sorok phone bercamera @ camera terutamanya di Masjid Nabawi @ akan dirampas

Di KLIA,posing je x call sape2 pon

Mom & dad depan Masjid Nabawi

Hotel di Madinah, nak check-in

Aku & akak di depan Masjid Nabawi selepas selesai Solat Subuh

Dalam Masjidil Haram, tunggu Solat Ishak

Interior design Masjidil Haram

Ayah di luar Masjidil Haram, cantik kan??

Gambar Kaabah dari tingkat 2

Tangkap gambar curi2 sebelum askar on duty nampak


 Byk lagi gambar tp ni je yg ade sebab lappy lama rosak..mujur gambar2 lain sempat print out..hehe..
InsyaAllah, tahun 2020 nanti aku akan mengerjakan haji..Bagi yang belum daftar di Tabung Haji, daftar la sekarang..just pastikan dalam akaun bank ade at least Rm1300 + Rm10 utk mendaftar haji..sekian =)


My dear ALLAH when I loose hope, Help me to remember that, your love is greater than my disappointments & your plans For my life are better than my dreams..
 

Friday 18 May 2012

Growing Love Part 1

Assalamualaikum n hye to everyone..may today Allah bless you all..dalam post aku kali ni, aku nak cite pasal journey aku kat alam university & moment2 aku dengan teman2 terhebat yang aku jumpe dan sayang ketat2..haha..bile kite jumpe someone for the 1st time, kite just anggap perkara tu normal sahaja tanpa kite sedar hari ke hari, kasih dan sayang kita makin merebak ke setiap sendi dan urat dalam badan kite nih..sebelum aku transfer ke Uitm kampus kuantan, aku wajibulghunnah jalani minggu orientasi yang dah biase aku join since form 1 di Uitm kampus Jengka..tp kan minggu MDS yg aku join ni btol2 menguji ketahanan dan kesabaran aku..tido lewat, bangun awal, pegi beli air kat koperasi xleh, round2 kat kampus tu smpai lembik lutut aku..dlm minggu tu,mmg hidung aku kecut kembang kecut kembang tahan marah tp sabo je la..lepas habis je minggu tu, kitaorang budak asasi law and tesl transfer ke kampus kuantan,mase tu aku rase heaven giler kot mcm baru dibebaskan lepas 10 tahun dalam lokap..

kitaorang selalu duduk same2 coz xkenal ramai orang..hihi..

with hanan, my only friend from my batch at mrsmkt n vice president of Uitm Kuantan

haaa..ni plak fatin, my only friend time skolah rendah dulu..comelnyeee..













..



It's time to talk about my life kat Uitm kuantan..sampai sane memang best sgt2 coz blik pon macam rumah, lepas tu dekat plak dengan ecm mall n mega mall..melompat kegirangan la aku cam kanak2 ribena..then,aku berkenalan ngan roomate aku, syida, ara, fizah dan teha..mule2 jumpe memang cover habis,ade yang ok je family bile family dah balik,ade jugak yang homesick..macam2 ragam la..gelak sorang aku dalam hati (padahal, kalu xmsuk mrsm dulu mesti nangis banjir satu bilik bile family  tinggal)..hehe..

lama-kelamaan, ibarat dilekatkan gam gajah kitaorg yg satu bilik ni selalu keluar mane2 same2...kalau dulu,kitaorang nak buat pape sume cover, skarang bile dah rapat, nak kentut tarak masalah punyer..haha..
lagi satu,byk benda yang aku dapat rase dan pegi utk kali pertama dengan diorang..

my lovely roomates..comel2 semua..

Beach run..xlari pon,teman je kawan2 yang lari..huhu

teman2 yang rapat dalam kelas..sengeh je...

hujung minggu,aktiviti wajib kuar pegi mall..bukan pegi cuci mate,tp bli makanan la..

waktu malam abis kelas, tunggu makanan dalam pagar u dibwah pancaran cahaya bulan dan lampu jalan..

aku mmg salah sorang peminat fanatik BR..biar mahal,asal sedap dimakan..bile selalu makan,badan pon semakin tebal lemak..

mkn2 di Rasamas ECM bersama housemate..tema: pkai shawl @ pashimina

jalan2 di pantai teluk cempedak bersama geng2 yg aku rapat..bestnye bile kene angin laut..

hasil karya kami atas pasir..nk ukir atas batu keras sangat..pasir je la yang kami mampu,,hehe

rilex jap atas batu lepas keletihan main ombak..ombak laut k,bukan ombak rindu..haha



Forever is a very long time. How is it that people can talk so casually about a concept that we cannot even wrap our minds around? Sometimes we have a friend and we sense that our souls are very closely connected. We know that the connection is above time and space. We know that wherever we are in our lives we will always remain friends. Even if we do not see each other for years we are able to pick up right where we left off. This is what people mean when they say friends forever. 

Wednesday 2 May 2012

SuTeRa...SutERa...SutErA..!!!!


Meh r pakat-pakat beli sutera.. raye pong koho dekat doh ni,kalu nok jangok boleh sangat la dengan sutera-sutera yang kami tawarkan nih..harga memang cukup berbaloi dengan pattern-pattern yang lawo-lawo blake..kalau buat baju memang "cantik,menarik,tertarik kau memang the bomb."haha..gurau2 aje..pada post kali ni,kami letakkan koleksi sutera eksklusif Terengganu yang terbaru..so,ape tunggu lagi..cepat buat tempahan,selagi stok masih ade..hehe..^_^



Sold out

Sold out

Sold out
Sold out
Sold out
Sold out
Sold out
Sold out
Sold out
Sold out

Sold out



































                                                                                                                                                                 
~Jangan lupe tunggu koleksi sutera yang akan datang~